Kerjaya awal Deng Xiaopeng

Pada musim panas tahun 1920, Deng Xiaoping tamat sekolah di Sekolah Persediaan Chongqing. Bersama-sama 80 orang rakan sekolah yang menyertai program kajian kerja untuk pelajar-pelajar Cina, beliau menaiki kapal ke Perancis (kelas dek yang murah) dan tiba di Marseilles pada bulan Oktober. Deng merupakan pelajar yang paling muda antara rakan-rakan sekolahnya dan baru-baru sahaja mencapai umur 16 tahun. [1] Beliau menghabiskan kebanyakan masanya di Perancis untuk bekerja, mula-mulanya di Kilang Besi dan Keluli Le Creusot di Perancis Tengah, dan kemudian berturut-turut bekerja sebagai pemasang di kilang Renault di subbandar Paris di Billancourt, ahli bomba di dalam lokomotif dan pembantu dapur di restoran-restoran. Walaupun demikian, beliau tidak mendapat gaji yang mencukupi untuk menyara diri. Di samping itu, Deng juga menyertai sekolah-sekolah menengah di Bayeux dan Chatillon.Di bawah pengaruh pelajar-pelajar yang lebih tua (Zhao Shiyan, dan Zhou Enlai, antara lain) di Perancis, Deng mula belajar Marxisme dan menjalankan kerja propaganda politik. Pada tahun 1922, beliau menyertai Liga Belia Komunis Cina di Eropah dan pada akhir tahun 1924, menyertai Parti Komunis China serta menjadi salah satu ahli yang utama dalam Cawangan Am Liga Belia di Eropah. Deng belajar di Moscow di bekas Kesatuan Soviet pada tahun 1926 dan kembali ke China pada awal tahun 1927.

Pada tahun 1929, Deng mengetuai Pemberontakan Baise di provinsi Guangxi terhadap kerajaan Kuomintang (KMT}. Pemberontakan itu gagal tidak lama kemudian dan Deng melarikan diri ke Kawasan Soveit Pusat di provinsi Jiangxi.

Deng adalah bekas perajurit Perjalanan Jauh yang berkhidmat sebagai Setiausaha Am Jawatankuasa Pusat Parti Komunis ketika itu. Semasa bertindak sebagai komisar politik kepada Liu Bocheng, beliau melaksanakan banyak kempen ketenteraan yang penting semasa berperang dengan Jepun, dan semasa Perang Saudara terhadap KMT. Pada akhir bulan November 1949, Deng mengetuai serangan yang terakhir terhadap angkatan tentera KMT yang diketuai secara langsung oleh Chiang Kai-shek di tempat asal Deng di Sichuan. Kota Chongqing jatuh kepada Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) pada 1 Disember, dan Deng dilantik dengan segera sebagai Datuk Bandar dan komisar politik. (Chiang Kai-shek yang telah memindahkan ibu sawatnya ke Chongqing pada pertengahan bulan November melarikan diri ke ibu kota provinsi di Chengdu. Kota Cina tanah besar yang terakhir ini yang dipegang oleh KMT jatuh pada 10 Disember dan Chiang melarikan diri ke Taiwan pada hari yang sama.) Apabila Republik Rakyat China diasaskan pada tahun 1949, Deng dihantar untuk menangani masalah-masalah di Kawasan Barat Daya dan bertindak sebagai Setiausaha Pertamanya. Beliau memainkan peranan yang utama dalam perundingan-perundingan dengan para pemimpin Tibet dan memastikan setakat sokongan terhadap pengilhakan Tibet yang kemudian.

Rujukan

WikiPedia: Deng Xiaopeng http://www.chinadaily.com.cn/english/doc/2004-06/2... http://english.peopledaily.com.cn/dengxp/ http://news.sina.com.cn/z/dengxiaoping10/index.sht... http://www.cbw.com/asm/xpdeng/contents.html http://www.chine-nouvelle.com/caricatures/deng-xia... http://www.cnn.com/SPECIALS/1999/china.50/inside.c... http://www.cnn.com/WORLD/9702/24/china.deng/ http://www.nytimes.com/learning/general/onthisday/... http://www.pww.org/article/articleview/899/1/68/ http://rwor.org/a/firstvol/890-899/896/capchi.htm